


Mulakan Langkah Anda Ke Jalan Raya Bersama Kami !
Daftar sekarang untuk pengalaman belajar memandu yang profesional dan selamat.
PERKHIDMATAN NURI
Kurikulum Pendidikan Pemandu
Kandungan Kursus: KPP 01 memberi penerangan tentang undang-undang jalan raya, papan tanda lalu lintas, etika pemanduan dan asas keselamatan pemanduan.
Tempoh: Kursus ini biasanya berlangsung selama 6 jam di dalam kelas secara teori
Pendaftaran Ujian Komputer: Selepas menghadiri KPP 01, pelajar layak untuk mendaftar bagi ujian berkomputer (undang-undang) untuk melanjutkan ke peringkat seterusnya dalam proses lesen memandu.
Motorsikal B2/B
Kelas Teori : Memberi pengetahuan mengenai undang-undang jalan raya dan papan tanda lalu lintas. (KPP01)
Ujian Komputer : Ujian undang-undang (MYEG) wajib lulus sebelum lesen L dikeluarkan dan diberi latihan praktikal.
Latihan Praktikal : Latihan di dalam litar memandu untuk kemahiran asas seperti ( pusingan 8, brek kecemasan ) (KPP02) dan latihan di jalan raya bagi pendedahan situasi sebenar. (KPP03)
Ujian Praktikal JPJ : Ujian akhir untuk menilai kecekapan pemanduan sebelum lesen P ( Percubaan ) diberikan untuk tempoh masa 2 tahun.
Kereta Manual/Auto (D/DA)
Kelas Lesen Teori Dan Ujian Komputer : Sama seperti motosikal, calon mempelajari undang-undang jalan raya dan lalu lintas. (KPP01)
Latihan Praktikal : Latihan memandu di dalam litar institut memandu ( seperti bukit, parkir ) (KPP02) dan di jalan raya di bawah pengawasan tenaga pengajar. (KPP03)
Ujian Praktikal JPJ : Ujian akhir untuk menilai kecekapan pemanduan sebelum lesen Percubaan (P) diberikan untuk tempoh 2 tahun sebelum lesen kompeten ( CDL ).
F.A.Q.
Soalan-soalan Lazim
Wajib berumur 16 tahun ke atas bagi kelas motosikal dan 17 tahun bagi kelas kereta.
Proses mengambil lesen memandu paling cepat selama 45 hari. Ia merangkumi Ceramah KPP01, Myeg, KPP02 dan Kpp03 serta ujian JPJ.
Calon boleh mendaftar secara offline di kaunter-kaunter Nuri Driving ataupun di cawangan-cawangan kami. Juga boleh mendaftar secara Online di dalam website https://www.nuridriving.com
Calon boleh membuat bayaran lesen memandu secara dalam talian ( website ) ataupun secara Offline di kaunter pendaftaran Nuri Driving secara TUNAI, Transfer Online dan Debit Card Visa.
Pejabat cawangan kami terletak di tempat-tempat berikut : Bagan Datuk, Selekoh, Teluk Intan, Chenderong Balai, Langkap, Changkat Lada, Seberang Perak, Kampong Gajah
